Thursday, February 10, 2011

Open Crit 01: A Little Review....



anak biri-biri yang kehilangan pedoman....kesian....
(gambar hiasan semata-mata)

as salam + slamat sejahtera,
Selesai sudah Open Crit 01 pada minggu lepas untuk semua kelas DSB5.Saya ingin kongsi sedikit pandangan saya berkenaan sesi yang kita jalankan pada hari2 tersebut.komen2 yang saya akan beri adalah berdasarkan open crit kelas 5A yang dilalui pd hari rabu & jumaat:

a. Kesemua student yang dinilai TIADA rujukan/references - WAKE UP!! anda bukannya Master Builder spt Calatrava atau Foster mahupun Rogers yg tidak perlukan rujukan...even mereka pun refer to sources untuk menghasilkan design...buku,majalah,imej internet perlu digunakan utk rangsang idea seterusnya dpt dikembangkan menjadi end product.bukannya lakar2 bulatan tanpa pedoman kemudian assume itu adalah idea terhebat anda...

Solution: rajin2 la belek majalah,jurnal,browse relevant website atau compilation of students works untuk develop idea anda...juga,jemput la ke resource centre di pejabat senibina untuk browse some of the books/magazine there...the keys to the cabinet are with Cik Sue...make full use out of it!!


b. hasil kerja2- 3 minggu yang lepas dilupakan...: sebahagian besar student dinilai tidak rujuk langsung pada site analysis,case study dan lawatan ke UM/UiTM..anda semua seperti started doing work from zero...kalau ada pun hanya mengambil point dari analysis secara basic tanpa kajian mendalam...causing your works lacking a lot of important infos...bak kata En. Fuad '....ingredients dh ada...,tunggu nak masak shj...' dan muncul la terma 'separuh masak' atau 'half-cooked' yang saya percaya acapkali didengari pada sesi tersebut....

solution:rujuk semula analysis+case studies yang dibuat,pergi ke site untuk dapatkan 'the feel' dan extract memories dari lawatan untuk anda gunakan dalam mengembangkan idea anda....ini bermakna anda perlu untuk buat your own research/studies berdasarkan maklumat yang dikumpulkan....remember...Unit Senibina mengamalkan 'Outcome-Based Education' di mana students perlu belajar+membuat kerja sendiri dengan difasilitate oleh pensyarah...' spt yang selalu saya katakan'...kami hanya la gembala yang mengembalakan anda ke jalan yang betul...'

c. Design Statement/Storyline tidak jelas...: students didapati nervous,mumbling serta tidak tahu apa yang hendak dibentangkan....that's what happened if you do not know what you're doing...bila anda faham sesuatu perkara maka ia akan menjadi mudah untuk menerangkannya...begitu juga dengan design...anda perlu faham apa yang anda mahu untuk projek ini...ada beberapa student gunakan Architectural Terms spt 'Form Follows function'dan 'Green Building' namun mereka tidak faham ttg terms itu menyebabkan pembentangan terkeluar dari konteks...

Solution: kenalpasti apa yang anda mahu buat untuk projek ini...memangla kita nk kena design Arch School tp anda perlu establish your own strong reasons behind your design...so,refer back to item b yang kita diskass di atas...
also, cari statement yang dapat memberikan 'WOW' factor pada design anda...1st impression penting untuk convince the klien/panel that your design is the BEST design...macamana nk dapatkan a good design statement?? <---bacalah/rujuklah/carilah dari sumber yang relevan...INGAT! -->'Outcome-Based Education' = Gembala....

d:Pembentangan yang tidak lengkap: kebanyakan hasil kerja students untuk sesi ini tidak 'presentable' --> tiada/salah drawing title..,Northpoint salah/tak seragam..,sketches yg tidak cerminkn kerja 5th sem students-->'..mcm sem 1&2 punye kerja..' bak kata en.Fuad.
saya dapat simpulkan yang semua ini adalah sebab kurangnya involvement dlm proses design...kurang passion/semangat sbb cuti sem/CNY atau '...esok crit, malam ni baru buat..' atitude...last minute work la nih.hmm...ye ke??

solution:maksud 'Presentable' bagi saya adalah satu peringkat yang boleh diterima sebagai pembentangan - tk perlu cantik,tk perlu perfect tp harus lengkap dengan maklumat yang relevan.Jadi, kena la ada proper indications of drawings,teratur+disusun dgn baik dan visually nice to see...jadi pastikan next open crit anda bersedia dengan lukisan yang 'presentable'. Dan jangan tunggu last minute untuk sediakan drawing anda...ok??
Cuti adalah masa yang mmg ditunggu oleh pelajar (dan pensyarah jugak hahah) tetapi luangkan juga sedikit masa untuk anda selesaikan tugasan anda semasa bercuti.spt yang saya pernah katakan,design adalah suatu proses yang berterusan-->bermakna anda perlu sentiasa berfikir dan fikir dan fikir...baru la perkembangan idea boleh dijana.kalau boleh,ke tandas pun perlu berfikir!!hopefully dgn berfikir berterusan (walaupun tgh bercuti) dapat sustain momentun semangat anda terhadap projek.bukan bermakna anda tk boleh bercuti tapi jangan sampai LUPA terus pulak...a good student always take care about his/her works right to the finish...



Mungkin ada students yang terkejut dengan method pensyarah yang agak agresif pada open crit 01 baru-baru ni.Saya terlihat ada pelajar yang menghela nafas yang panjang bila namanya tidak terpilih untuk sesi itu.Ini sebenarnya dilakukan untuk memastikan yang student tidak leka diulit mimpi indah dan sebagai pendesak bagi memastikan semua pelajar berpijak di bumi yang realistik dan dapat menghasilkan design yang berkualiti.saya pasti anda tidak mahu hilang arah dalam menyediakan design School Of Architecture ini.






takkan anda semua nak jadi macam analogi anak biri-biri dalam imej di atas tadi....betul tak???


any comments??








7 comments:

  1. ambik semua komen diatas sebagai petunjuk ke jalan yang lurus.... =)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. yes! time for massive adjustments! thanks encik yus for the review.. it helps a lot!!

    ReplyDelete
  4. the same review goes to dsb5b too....hopefully all sem 5 can do better in their next open crit ....
    one_sue

    ReplyDelete
  5. ye la..sebelom nie dok zon selesa..keje semua grouping..sekali da individu mula lar terserlah kelemahan yg terlindung selama ini..ayuh kita berpijak di bumi yang nyata..untuk apa kita amik kos architecture kalau kita tidak berani mencuba..

    ReplyDelete
  6. pastikan kesilapan yang sama tidak berlaku semasa open crit 2 nanti. "dont let banana to fruit twice"
    two_sue

    ReplyDelete
  7. so how bout ngn scnd open krit?? hmm...

    ReplyDelete