Salam 05,
Seperti yang telah dimaklumkan pada minggu lepas, 2nd open crit akan diadakan pada hari rabu bersamaan 23/2/2011. Diharap para pelajar telah bersedia dengan semua bahan-bahan yang diperlukan untuk open crit nanti. Sila rujuk buku sesi kritik 2 (buku dengan cover hijau) sebagai panduan atau 'checklist' untuk memastikan setiap kriteria yang dinilai telah dipenuhi dengan jayanya. Kepada yang masih belum mencapai standart yang dikehendaki, tolong berjumpa dengan pensyarah masing-masing pada hari Isnin sebagai persiapan terakhir. Pastikan anda telah bersedia sepenuhnya apabila giliran anda dipanggil untuk sesi pembentangan. Disini beberapa tips untuk menghadapi sesi pembentangan anda :-
1. Memahami dengan jelas idea yang ingin diketengahkan dalam rekabentuk anda. Jangan hanya menghafal sahaja.
2. Bentangkan dengan intonasi yang jelas, pakaian yang sesuai dan kemas dengan penuh keyakinan diri.
3. Jawab soalan yang ditanya dengan penuh yakin dan disokong dengan rujukan anda.
4. Pastikan semua bahan-bahan yang ingin digunakan didalam sesi pembentangan telah siap sedia pamerkan @ ditampal.
5. Cuba berinteraksi dengan pensyarah dan rakan-rakan semasa sesi pembentangan. Buatkan pembentangan anda menarik untuk didengar dan tidak terlalu serious @ formal.
6. Sampaikan dengan jelas kepada pensyarah idea, konsep, teknik, prinsip rekabentuk, hubungkait antara ruang dan sebagainya. Pastikan tiada yang tertinggal.
7. Menggunakan bahasa badan yang sesuai untuk menjelaskan pembentangan anda. sebagai contoh, gunakan tangan (bukan kaki!!) untuk menunjukkan bahagian lukisan yang sedang dibentangkan.
8. Sentiasa memandang kepada pensyarah semasa pembentangan untuk meyakinkan idea anda. tidak perlu takut @ ragu-ragu dan sentiasa senyum..... :-)
9. Elakkan pembentangan anda menjadi terlalu panjang dan merepek sehingga membuatkan pensyarah bosan. Terus kepada isi-isi penting yang ingin di sampaikan.
10. Mulakan pembentangan anda dengan memperkenalkan diri, menceritakan secara ringkas pengenalan projek dan mulakan pembentangan anda dengan penuh yakin.......Akhirinya dengan senyuman dan ucapan terima kasih.Anda boleh juga bertanya kepada pensyarah adakah mereka terhibur dengan sesi pembentangan anda..InsyaAllah sekiranya anda mempraktikkan tips-tips yang kami beri ini, para pensyarah akan tersenyum sekali..
Kami amat berharap para pelajar memberikan fokus terhadap sesi krit ke-2(rekabentuk skematik) ini kerana krit kali ini adalah bahagian yang paling penting bagi mendapatkan rekabentuk yang memenuhi kehendak projek.
Semoga berjaya..
good tips...1 lagi tip ialah rehersal...cuba berlatih bentangkan design anda depan rakan..sediakan skrip dan minta rakan komen...
ReplyDelete