as salam dan salam sejahtera,
bapa mertua saya suka tengok wrestling dan setiap hari selasa (kalau tak salah saya) beliau akan melekat depan tv tengok wrestling.saya pun layan jugak dan favourite wrestler saya adalah ' the most electrifying man in sport entertainment' - THE ROCK!!
apa kena mengena The Rock dengan projek design kita?? ok ...read on...
minggu lepas kita telah lihat perkembangan proses design di mana students telah mula menyediakan pelan berskala.pelbagai gaya susunatur digunakan - 'U' shaped,'L' shaped,central courtyard dan sebagainya.apa yang merunsingkan saya adalah kebanyakannya tidak mempunyai konseptual idea yang kukuh di sebalik pilihan susunatur tersebut dan hampir semuanya adalah SAMA!! Jadi,macamana nak bezakan??
berbalik pada the Rock tadi - selalunya dalam wrestling match, sebelum wrestler masuk ke gelanggang akan dimainkan lagu tema dan 'tagline' wrestler tersebut. bila lagu tema dimainkan penonton akan bersorak-menandakan mereka memberikan attention pada wrestler.The Rock menggunakan tagline 'If you can smell what the rock is cooking!!' dan lagu rancak lalu menarik perhatian seluruh penonton.hebat...hebat...!! so,anda semua perlu 'tagline' untuk projek ini!!
Tagline yang saya maksudkan sebenarnya adalah Design Statement atau TEMA untuk projek anda.ia akan memberikan anda fokus kepada sesuatu idea dan ini dapat membezakan anda dengan rakan yang lain.saya ada membincangkan perkara ini dengan beberapa sudent hujung minggu lepas dan turut mengenalpasti beberapa contoh bangunan yang mempunyai tema tertentu sebagai rujukan.contoh: UIA menggunakan tema 'Garden Of Knowledge' dalam konseptualnya.jadi mungkin arkitek ingin mewujudkan konsep 'taman ilmu' dalam rekabentuknya(kena tanya pensyarah dari UIA nih). bagaimana untuk memilih statement/tema/tagline yang sesuai?? ianya terpulang kepada intepretasi masing masing.Apa yang boleh saya kaitkan dengan projek ini adalah ILMU.mungkin anda boleh selami maknanya,fungsinya atau persamaannya untuk mendapatkan tema/tagline tertentu bagi design anda.
tapi apa yang pasti untuk projek ini akan ada hampir 95 cadangan design untuk PUO School of Architecture. apa yang jadi persoalan sekarang ialah bagaimana nak jadikan design anda menyerlah dari rakan yang lain.mungkin penggunaan design statement/tema/tagline dapat membantu...
bak kata The Rock...'IF YOU CAN SMELL WHAT THE ROCK IS COOKING!!!
Yup!
ReplyDeleteTema or Tagline dll memang penting dalam des ign.Ini yang membezakan bidang Kita dengan bidang kerja Kontraktor.Tak salah kalau nak jadi Kontraktor, masih boleh buat duit bang, tapi program kita ini bernama Senibina dan Kursus ini bernama Design :)
DRN
Tema adalah penting untuk design kita. teringat pada masa dulu, tema atau concept kawan-kawan digunakan untuk 'menganjing' design kawan tersebut. antara yang pernah menjadi mangsa seperti 'tectonic' 'cubic experimental' 'silhouette' 'yin&yang' 'flowing breeze''distortion' dan lain2. sorry guy ^_^
ReplyDelete